Header Ads

test

KEUSAHAWANAN KEDAH BAKAL MENAMPILKAN FESYEN MUSLIMAH

 

KEUSAHAWANAN KEDAH BAKAL MENAMPILKAN FESYEN MUSLIMAH

 

ALOR SETAR – Sektor keusahawanan bakal menjadi pemangkin perubahan dan perkembangan ekonomi dengan menampilkan aura pemakaian menutup aurat sekali gus dapat mendidik rakyat untuk berhijrah seperti yang dituntut agama.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmi Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, produk keusahawanan turut mengetengahkan idea-idea kreatif dengan kaedah berbeza iaitu melalui pertunjukan fesyen berbanding sebelum ini produk-produk usahawan hanya dipromosikan melalui pameran booth dan sebagainya.

 

“Muslimah In Mode adalah program bertujuan mengetengahkan bakat dan sebagai satu platform untuk mempromosikan produk-produk usahawan MARA Kedah. 


“Saya difahamkan bermula 8 hingga 10 Februari 2022 juga turut diadakan Program Pembangunan Usahawan yang merangkumi tiga program latihan keusahawanan iaitu Kursus Database Management System (Beauty & Fashion), Pembangunan Usahawan Bakeri Negeri Kedah dan Program Peningkatan Standard- Digital Mobilespa,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ucaptama Majlis Perasmian Limelight Muslimah In Mode Di Hotel Raia, Convention Centre, Alor Setar, semalam. 


Katanya, perkembangan ini dilihat positif di mana generasi muda dilihat mula melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti keusahawanan pada masa ini.

 

"Pihak  MARA khususnya MARA Negeri Kedah telah merangka pelbagai program sebagai manfaat kepada para usahawan.  Telah dibuktikan, hari ini MARA Negeri Kedah telah berjaya menyelaras Limelight Muslimah In Mode dan 3 program keusahawanan untuk manfaat kepada seramai 100 usahawan wanita daripada Kluster Lifestyle dan F&B.

 

”Saya amat berharap melalui program-program yang disediakan oleh pihak MARA, ia dapat memberi lonjakan baru dalam penguasaan ekonomi seterusnya dapat menyumbang kepada penambahan pemilikan ekuiti bumiputera,” jelasnya lagi.

 

Difahamkan, pertunjukan fesyen busana muslimah ini terdiri daripada Qamraa, Che Ah, Nurbella, Ansh Maju Enterprise, Duchess, Adrani dan Ash Majid.

Tiada ulasan