Header Ads

test

3,900 PELAJAR TERIMA SUMBANGAN PETRONAS


3,900 PELAJAR TERIMA SUMBANGAN PETRONAS

ALOR SETAR - Seramai 3900 pelajar sekolah yang dikenalpasti di negeri Kedah menerima sumbangan kelengkapan tambahan untuk kembali ke sekolah.

Program Sentuhan Ilmu 'Back to School' 2022 (BTS 2022) anjuran Yayasan Petronas itu menyumbang kelengkapan sekolah dan kit kebersihan diri untuk diagihkan kepada 2400 murid sekolah rendah dan 1500 pelajar sekolah menengah dari keluarga berpendapatan rendah di negeri Kedah.

Simbolik penyerahan sumbangan diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Shariah Nelly Francis kepada Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, hari ini.

Sumbangan untuk kembali ke sekolah itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri Kedah membabitkan penerima dari seluruh daerah dalam Kedah.

Menurut Nelly, para pelajar terbabit menerima satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut hitam, kit bilik darjah membabitkan beg sekolah, alat tulis, botol air dan kotak makan tengah hari.
"Selain itu, kit kebersihan diri mengandungi topeng muka, tuala tangan dan buku nota aktiviti, satu set pakaian sukan dan satu set geometri bagi pelajar sekolah menengah,” katanya.

Pembekal pelitup muka bagi program ‘Back to School’ 2022 Wilayah Utara Nurul Aqila Aziz turut hadir dalam majlis itu.

Aqila merupakan peserta program empower Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) daerah Baling di bawah Yayasan Petronas.


 

Tiada ulasan