Header Ads

test

KEDAH, SABAH JALIN HUBUNGAN TEROKAI SEKTOR PELANCONGAN


SABAH – Kerajaan negeri menyambut baik kerjasama yang dihulurkan Kerajaan Negeri Sabah melalui Sabah Tourism Board dalam mempromosikan produk pelancongan bagi menarik minat pelancong domestik atau antarabangsa.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Mohd Firdaus Ahmad berkata, dengan kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia dilihat antara faktor utama menjadi tarikan pelancong ke Malaysia.

 

“Dalam lawatan ini, antara perkara dibincangkan adalah pelancongan desa yang mempunyai banyak produk yang boleh diketengahkan sebagai salah satu tarikan untuk pelancongan domestik atau antarabangsa yang datang ke negeri Sabah atau ke negeri Kedah. 

 

“Selain itu, kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia yang ditonjolkan oleh Kerajaan Negeri, khususnya di negeri Sabah ini juga mampu menarik minat pelancong,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan kerja bersama Unit Pelancongan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) ke Sabah Tourism Board di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

 

Katanya, pertemuan sebegini dapat mencambahkan lagi idea dan penambahbaikkan dalam memperkasakan sektor pelancongan di negeri masing-masing.

 

Delegasi Negeri Kedah turut diberi taklimat mengenai produk-produk pelancongan negeri Sabah di mana terdapat lebih 300 produk pelancongan yang disediakan di negeri Sabah.

 

Hadir sama, Timbalan Pengarah Sektoral BPEN, Faisal Rizal Mohammad dan Penolong Pengarah BPEN, Abdullah Sanie Adnan

Tiada ulasan