Header Ads

test

PROGRAM KEUSAHAWANAN BANTU IBU TUNGGAL BERNIAGA


NAKA – Seramai 21 peserta wanita menyertai Program Memperkasa Wanita Kongsi Kasih anjuran Pertubuhan Kongsi Kasih Negeri Kedah, baru-baru ini.

 

Program yang diadakan di Dewan Sri Juluk Resort Naka dirasmikan oleh ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md Amin.

 

Katanya, program yang dihadiri oleh ibu tunggal ini bertujuan memberi galakan dalam penghasilan produk sedia ada bagi meningkatkan mutu kualiti produk yang dijual.

 

"Tujuan program ini diadakan untuk tingkatkan penghasilan produk sedia ada para peniaga secara lebih komersial dan bersistematik supaya mereka dapat memaksimumkan keuntungan perniagaan dari semasa ke semasa.

 

“Saya menasihatkan kepada semua supaya menjaga keberkatan dalam perniagaan dengan memberi sedekah walaupun sedikit tetapi istiqamah, ikhlas dalam perniagaan dan menjadi ahli perniagaan yang berjaya dunia akhirat,” ujarnya. 


Menurut Pengerusi Pertubuhan Kongsi Kasih Negeri Kedah, Mursyidah Mustafa, program ini adalah untuk memberi peluang dan dorongan kepada wanita DUN Pedu dalam menceburi bidang perniagaan.  


"Keahlian pertubuhan ini dibuka kepada wanita dalam DUN Pedu. Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi pihak pengurusan pertubuhan di talian 018-2397457,”ujarnya.

Tiada ulasan