Header Ads

test

HADKAN PERKARA NEGATIF YANG MENCEMARKAN IMEJ NEGERI

 

SERI MENTALOON - Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyeru kepada seluruh parti politik untuk mengehadkan perkara negatif yang boleh mencalarkan imej negeri Kedah dan hati rakyat.

"Saya yakin tiap-tiap daripada kita yang menyertai parti politik ini tujuannya untuk mencari kebaikkan, melonjakkan perkara-perkara positif untuk ditawarkan kepada rakyat khususnya kepada para pengundi," ujar beliau ketika Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Bersama Pimpinan Parti Politik semalam.

Katanya lagi, buat pertama kalinya, kerajaan Kedah menyediakan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang sebagai perbelanjaan mengurus Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka.

Menteri Besar turut membuka ruang seluasnya untuk semua parti di Kedah memberi idea dan pandangan demi kebaikan negeri.

"Saya tidak akan ambil tindakan berdasarkan kepentingan politik dahulu tapi kita utamakan kepentingan rakyat dan negeri Kedah," ujar Sanusi.

Beliau turut berharap agar pertemuan ini menjadi titik tolak kepada satu budaya kerajaan dan pembangkang yang boleh bertemu muka memberi maklum balas untuk kebaikan dan kemajuan negeri.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#MediaMBKedah 

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan