Header Ads

test

21 PELAJAR PARLIMEN SIK TERIMA BANTUAN AWAL PENGAJIAN


SIK - Seramai 21 pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) terima Bantuan Awal Pendidikan Parlimen Sik. 


Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata IPTA atau IPTS di dalam dan luar negara layak untuk memohon. 


"Bagi setiap pemohonan boleh dapatkan borang di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASik)," ujar beliau. 


Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar dan mendoakan semoga berjaya dalam bidang yang diceburi.

 

Tiada ulasan