Header Ads

test

78 JPKK DUN KUPANG DIRAI SEMPENA AIDILFITRI

Laporan : Mohd Sabri Abu Bakar 


KUPANG - Penat lelah bekerja untuk rakyat diraikan dengan pemberian duit raya kepada 78 pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK), DUN Kupang, baru-baru ini. 


Iniasitif kerajaan negeri Kedah itu disumbangkan oleh ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang.


Dato' Najmi berkata, JPKK dalam komponen Perikatan Nasional ( PN) menerima sumbangan berkenaan.


"JPKK adalah salah satu tunjang kepada teguhnya sesebuah kerajaan negeri. Mereka mempunyai peranan cukup besar dalam hal urus tadbir kerajaan di peringkat komuniti.


"Justeru, sumbangan yang diberikan ini sebagai salah satu tanda ingatan daripada kerajaan negeri Kedah," katanya. 


Pada program itu, pihak PKWR turut menyumbangkan beras pulut, kain pelikat dan barangan lain kepada semua penerima.


Turut hadir, Penolong Pegawai PKWR DUN Kupang, Ustaz. Hassan Saad.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan