Header Ads

test

KUNJUNG HORMAT DARI LEMBAGA TABUNG HAJI

 


Lembaga Tabung Haji Negeri Kedah mengadakan kunjung hormat ke atas Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman hari ini.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah Tabung Haji Negeri Kedah, Mohd Hanifah Hj Kamarudin bersama Pengarah Wilayah Utara, Haji Nawawi Ishak, Ketua Pentadbiran dan Haji Negeri Kedah, Haji Nuradli Mohd Nazri dan Pengurus Lembaga Tabung Haji Cawangan Sungai Petani, Haji Burhan Abd Rahman.

Tujuan kunjung hormat adalah untuk membincangkan tentang pelaksanaan Kursus Perdana Haji yang akan diadakan pada 21 Mei 2022 di Masjid Zahir Alor Setar serta pelaksanaan Operasi Haji Tanah Air di Stesen Berlepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang akan bermula 7 hingga 12 Jun 2022.

Dikhabarkan bahawa setakat 16 Mei 2022 seramai 662 bakal jemaah haji yang terlibat dan akan berubah mengikut penerimaan tawaran haji semasa.


Tiada ulasan