Header Ads

test

PENINGKATAN PELABURAN DI KEDAH MENAMBAHKAN KEPERLUAN TENAGA KERJA MAHIR


KULIM- Berikutan pelaburan yang meningkat dengan mendadak sebanyak RM68.3 juta di Kedah, tenaga kerja profesional, mahir dan separuh mahir amat diperlukan khususnya yang bertepatan dengan kehendak industri seperti yang diusahakan oleh TVET (Technical & Vocational Education and Training) khususnya Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darulaman (KISMEC).

KISMEC mempunyai kekuatan antaranya fasiliti bertaraf antarabangsa, tenaga kerja yang kompeten, modul latihan yang menepati kehendak industri dan hubungan baik dengan pihak industri, terutama sekali di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara KISMEC, KXP Airportcity Holdings, Universiti AIMST, Kedah Invest, Hong Seng Gloves dan Aerodyne Group.

Menurutnya MoU ini adalah satu usaha bagi merealisasikan aspirasi kerajaan negeri, khususnya di dalam mencapai Kedah sebagai negeri maju.

“Kerajaan negeri percaya dengan usaha sama ini akan dapat membantu memberikan Latihan TVET yang diperlukan bagi menyediakan tenaga kerja yang seiring dengan kehendak industri-industri yang berkaitan,” ujarnya.

Menteri Besar turut menyatakan kekaguman atas pengiktirafan-pengiktirafan antarabangsa yang diperolehi oleh KISMEC.

Antaranya, KISMEC dipilih oleh International Labor Organisation (ILO) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menjalankan program 'Skill for Prosperity' untuk anak-anak Kedah.

Muhammad Sanusi berkata bahawa kerajaan negeri akan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada KISMEC dalam kaedah latihan yang berlandaskan 'industry driven' yang akan dikendalikan melalui usaha sama syarikat-syarikat dan KISMEC nanti.


 

Tiada ulasan