Header Ads

test

DUA PESAKIT KRONIK TERIMA BANTUAN KERUSI RODA


PEDU – Dua pesakit kronik menerima kunjungan daripada ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md. Amin di Kampung Kubang Kenyeng, pada Isnin.


Norsilawati, 47 menghidap penyakit kencing manis sehingga terpaksa di potong sebelah kaki kanannya pada tahun 2020 yang lalu.


Menurut suaminya, Mohd Fatzeli Hashim, setiap bulan mereka mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Seorang lagi pesakit warga emas, Ramli Ismail, 72 terlantar sejak dua tahun yang lalu akibat mengalami sakit buah pinggang. 


Dia terpaksa melakukan cucian buah pinggan empat kali setiap hari sambil dibantu oleh isterinya.


Pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pedu mengambil inisiatif menyerahkan bantuan kerusi roda sementara menunggu bantuan daripada PERKESO.


Haji Radzi turut menyampaikan sumbangan wang kepada kedua keluarga bagi meringankan beban mereka.

Tiada ulasan