Header Ads

test

ADUN RAI PELAJAR CERMERLANG DUN KUALA NERANG


KUALA NERANG - Seramai 56 pelajar cemerlang DUN Kuala Nerang diraikan dalam Majis Meraikan Pelajar Cemerlang SPM, STPM & STAM Tahun 2022 di Kompleks PAS Padang Terap, baru-baru ini.


ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusof@Munir Haji Zakaria merakamkan penghargaan kepada semua pelajar yang memperoleh pencapaian cemerlang.


“Agenda pendidikan negeri menjadi salah satu usaha penting dengan hasrat melahirkan modal insan yang seimbang berteraskan aspek Islam.


“Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang cemerlang demi memartabatkan agama disamping menjadi qudwah kepada generasi selepas ini untuk terus cemerlang menjadi kebanggaan ibu bapa, guru dan negara,” ujarnya ketika perasmian.


Beliau juga menasihatkan agar menjaga solat kerana Allah memberi nikmat kecerdikan ilmu agama sebagai benteng dan perisai untuk lebih bertakwa kepadanya serta selamat daripada perkara mungkar supaya menjadi muslim dan musleh yang makmur di dunia dan bahagia di akhirat.


Nur Syahida Mahadi, pelajar STPM yang mendapat 4.00 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Haji Munir serta pihak-pihak yang terlibat atas sumbangan yang diberikan kepadanya dan pelajar-pelajar cemerlang yang lain. 


“Alhamdulillah, sumbangan yang diberikan ini dapat mencungkil semangat semua pelajar untuk mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang. 


“Saya sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan oleh Allah, berkat usaha saya dan doa dari ahli keluarga, guru-guru serta semua yang mendoakan saya. Alhamdulillah saya dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2021. Saya berharap saya dapat mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang pendidik, InsyaAllah,” ujarnya.


Antara pelajar sekolah yang terlibat adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad, Sekolah Menengah Kuala Nerang, Sekolah Menengah Padang Terap, Maktab Mahmud Padang Terap, Sekolah Menengah Agama Al Khairiah dan Sekolah Mengengah Agama Daril Iktisam.

Tiada ulasan