Header Ads

test

1,300 KELUARGA INDIA TERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI KERAJAAN NEGERI SUNGAI PETANI - Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukan dan ...


1,300 KELUARGA INDIA TERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI KERAJAAN NEGERI SUNGAI PETANI - Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukan dan mengagihkan sebanyak 1,300 kotak hamper Deepavali kepada masyarakat India di semua DUN Kedah. Exco Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam & NGO, YB Wong Chia Zhen berkata, sumbangan yang diberikan ini merupakan amanah yang perlu diberikan kepada rakyat secara telus di semua peringkat masyarakat. "Kerajaan Negeri Kedah meletakkan komitmen yang tinggi dalam membawa kesejahteraan dan kemakmuran buat seluruh rakyat negeri Kedah tanpa meminggirkan mana-mana kaum, agama atau latar belakang. "Kerajaan Negeri juga sentiasa menjaga kebajikan dan nasib kaum India serta kaum-kaum lain di negeri Kedah," ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor merasmikan Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Kedah di Dewan Hock Teik Soo, Sungai Lalang, hari ini. Katanya lagi, beliau bersyukur kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar sentiasa cakna dan prihatin untuk menghulurkan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan di semua peringat masyarakat. Beliau juga berharap, sumbangan yang telah diberikan ini sedikit sebanyak dapat melengkapkan dan memeriahkan lagi suasana sambutan Deepavali masyarakat India sekeluarga. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/18/2023, 11:01:28 PM 

Tiada ulasan