Header Ads

test

150 MASYARAKAT INDIA TERIMA SUMBANGAN YAYASAN PETRONAS SEMPENA DEEPAVALI ALOR SETAR – Seramai 150 klien Jabatan Kebajikan Masya...


150 MASYARAKAT INDIA TERIMA SUMBANGAN YAYASAN PETRONAS SEMPENA DEEPAVALI ALOR SETAR – Seramai 150 klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang beragama Hindu menerima sumbangan makanan dan hamper menjelang perayaan Deepavali di Hotel Seri Malaysia, pada Isnin. Exco Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad berkata, sumbangan ini diberikan di dalam Program Sentuhan Kasih Memacu Kehidupan yang dianjurkan oleh Yayasan Petronas. "Pihak Petronas mengambil langkah yang sangat signifikan dengan menganjurkan program sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan untuk meraikan sambutan-sambutan besar perayaan di Malaysia. "JKM negeri Kedah telah menjalankan kolaborasi strategik bersama pihak Petronas untuk memastikan kumpulan sasar JKM mendapat perhatian dan sokongan sewajarnya untuk mendepani kehidupan yang kian mencabar," ujarnya. Katanya lagi, JKM juga menjadi penyedia perkhidmatan kebajikan dengan penyaluran bantuan kewangan bulanan kepada golongan sasar. Beliau mengharapkan dengan sumbangan yang disampaikan itu mampu memberi sinar kebahagian kepada semua penerima yang akan merayakan sambutan Deepavali tidak lama lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #deepavali -UPDA 11/7/2023, 2:00:28 PM 

Tiada ulasan