Header Ads

test

40 TAHUN PENANTIAN GERAN TANAH BERAKHIR SUNGAI LIMAU – Tarikh 7 November menjadi hari yang paling bermakna buat penduduk Kampun...


40 TAHUN PENANTIAN GERAN TANAH BERAKHIR SUNGAI LIMAU – Tarikh 7 November menjadi hari yang paling bermakna buat penduduk Kampung Teluk Bukit Besar apabila menerima pemilikan geran setelah 40 tahun menanti. ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, tanah tersebut merupakan tanah kuari batu yang telah menjadi kediaman penduduk selama 40 tahun lalu. Katanya, permohonan untuk dijadikan sebagai pemilikan tetap pernah dilakukan namun terhenti apabila peralihan kerajaan pada tahun 2013. "Alhamdulillah selesai berlangsungnya Majlis Penyampaian Notis 5A bagi permohonan kawasan Bukit Besar, Daerah Yan melibatkan 47 pemohon seterusnya akan memperoleh geran hak milik tanah setelah pemohon membuat pembayaran," ujarnya, Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis ini. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/8/2023, 12:23:16 PM 

Tiada ulasan