Header Ads

test

BAJET 2024: ADUN DERGA SARAN KERAJAAN NEGERI FOKUS PELANCONGAN BUDAYA ALOR SETAR – ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab menyifatk...


BAJET 2024: ADUN DERGA SARAN KERAJAAN NEGERI FOKUS PELANCONGAN BUDAYA ALOR SETAR – ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab menyifatkan penganjuran Tahun Melawat Kedah 2025 yang menelan belanja RM3 juta akan memberi impak positif kepada sektor pelancongan. Katanya, peruntukan yang diberikan itu perlu diguna dengan sebaik mungkin bagi mempromosikan negeri Kedah di mata dunia. "Pembangunan destinasi pelancongan budaya, promosi festival seni tempatan, dan penyediaan infrastruktur yang menyokong pelancongan seperti pusat seni dan galeri boleh menjadi aspek penting dalam membentuk strategi pelancongan budaya di negeri Kedah. "Sebagai contoh, Pelayaran River Cruise yang menyusuri sungai Derga merangkumi Sungai Kedah boleh dijadikan satu tarikan baru kepada pelancong disamping menikmati kafe-kafe ditepi sungai yang menjadi satu trend dan kian mendapat sambutan orang ramai," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Bajet 2024 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. Beliau juga menyarankan agar pihak berkaitan membuat pembersihan semula Sungai Derga bagi menunjukkan nilai-nilai positif kepada pengunjung. Menurut Amri lagi, kerajaan negeri seharusnya memanfaatkan peluang untuk menghidupkan semula dan mempromosikan sukan tradisional seperti layang-layang dan sukan bendang. "Sukan-sukan ini tidak hanya menyediakan hiburan yang unik bagi pelancong, tetapi juga mengekalkan dan mewarisi warisan budaya kita. "Dengan memfokuskan kepada sukan-sukan ini, kerajaan negeri bukan saja dapat menghidupkan semula warisan budaya, tetapi juga memupuk minat dalam kalangan generasi muda terhadap warisan tradisional," jelas beliau lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/28/2023, 9:00:43 PM 

Tiada ulasan