Header Ads

test

Genap 100 hari sebagai ADUN Pengkalan Kundor. Saya sertakan di sini status kerja-kerja yang telah diusahakan setakat tempoh ini....


Genap 100 hari sebagai ADUN Pengkalan Kundor. Saya sertakan di sini status kerja-kerja yang telah diusahakan setakat tempoh ini. Alhamdulillah atas pertolongan Allah untuk melaksanakan amanah dengan kadar upaya yang ada.Terima kasih kepada seluruh kakitangan dan ahli jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pengkalan Kundor, serta agensi-agensi yang membantu. Antara yang diberi keutamaan adalah bantuan kepada golongan miskin dengan kadar segera, tanpa perlu melalui banyak karenah birokrasi. KPI yang diletakkan adalah jangan sampai ada rakyat yang kelaparan kerana tiada makanan. Dapat sahaja maklumat, bantuan mestilah disegerakan. Bantuan dari aspek pendidikan digiatkan, antaranya 10 buah laptop telah diberikan kepada pelajar-pelajar IPT setakat ini, selain daripada bantuan tunai. Turut diberi perhatian untuk bantuan segera adalah warga emas yang sakit. Saya sedar masih banyak kerja yang perlu dilakukan, masih banyak tanggungjawab yang mesti dilunaskan, masih banyak jalan yang perlu dibaiki, masih banyak golongan memerlukan yang perlu dikeluarkan dari lingkaran kesusahan. Namun insya Allah atas keimanan bahawa amanah ini akan dihisab oleh Allah, usaha akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa untuk membantu rakyat Pengkalan Kundor tanpa mengira ideologi politik, kaum dan latar belakang. Mohon doa'kan agar saya dan pasukan dapat terus melaksanakan amanah ini sebaiknya. Dan jadilah anggota masyarakat yang baik, dengan saling bantu membantu & bertanggungjawab. Moga-moga keadaan hidup rakyat Pengkalan Kundor akan lebih sejahtera. #demipengkalankundor #pengkalankundorsejahtera #mardhiyyahjohari #thegreaterkedah Kredit : Mardhiyyah Johari Pengkalan Kundor -UPDA 11/20/2023, 3:00:41 PM 

Tiada ulasan