Header Ads

test

KEDAH BERJAYA KEKALKAN PRESTASI CEMERLANG NILAI PELABURAN NEGERI ALOR SETAR – Kedah berjaya mengekalkan prestasi cemerlang pel...


KEDAH BERJAYA KEKALKAN PRESTASI CEMERLANG NILAI PELABURAN NEGERI ALOR SETAR – Kedah berjaya mengekalkan prestasi cemerlang pelaburan bagi setengah tahun pertama 2023 dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama (primer) diluluskan berjumlah RM14.6 bilion. Pembentangan Bajet Kedah 2024, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kedah terus jadi tumpuan pelabur terutama sehingga kini bagi pelaburan berimpak tinggi dari dalam dan luar negara. Jelas beliau, hasilnya Kedah mencatatkan negeri ketiga penyumbang tertinggi dalam senarai pelaburan negara selepas Kuala Lumpur dan Selangor. "Pencapaian ini adalah indikator bahawa negeri Kedah adalah sebuah negeri yang kompetitif serta berdaya saing bagi sektor pelaburan di peringkat nasional dan global," ujar beliau ketika pembentangan Sidang Bajet Kedah 2024 di Wisma Darul Aman hari ini. Tambah Muhammad Sanusi lagi, keseluruhan pelaburan yang diluluskan bakal menyediakan 3,500 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Kedah dalam pelbagai bidang termasuk dalam segmen elektrikal dan elektronik, petrokimia dan mekanikal. Menurut beliau, faktor utama kejayaan dalam sektor pelaburan di negeri itu ialah inovasi Permit Pembinaan Ekspres (E10). "Usaha ini amat kita banggakan kerana Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) yang melaksanakan idea pemerkasaan ini telah berjaya memperolehi Tempat Kedua bagi Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AiPSA) 2023 pada 7 November 2023. "Anugerah AiPSA anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) adalah anugerah tertinggi yang diiktiraf dalam sektor awam. Menteri Besar berkata, pengiktirafan itu akan melonjakkan lagi nama negeri Kedah sebagai negeri 'Mesra Pelabur' atau 'Ease of Doing Business' bagi memudahkan urusan pelabur masuk ke negeri Kedah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/26/2023, 4:20:41 PM 

Tiada ulasan