Header Ads

test

KEDAH BERSAMA NCIA MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah bersama-sama Pihak Berkuasa Pelaksanaa...


KEDAH BERSAMA NCIA MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah bersama-sama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) merealisasikan pelaburan sebanyak RM7.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun ini. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, pencapaian itu diterajui oleh sektor pembuatan, sektor pelancongan, logistik, pertanian dan ekonomi digital. Tambah beliau, pelaburan itu bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tetapi berjaya mewujudkan hampir 3,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Kedah. "Pembangunan modal insan adalah bahagian penting dalam strategi NCIA dalam memacu pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan ekosistem di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya untuk rakyat Kedah menerusi program Dana Usahawan (DU@NCER) dan Program Peningkatan Bakat NCER (NTEP)," ujar Menteri Besar semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) Kedah semalam di Wisma Darul Aman. Jelasnya lagi, sejak tahun 2019, program pembangunan modal insan NCIA telah membantu lebih 19,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Kedah dan seterusnya menghasilkan lebih 2,300 pekerjaan baharu. "Kerajaan Negeri Kedah ingin merakamkan penghargaan kepada NCIA atas dedikasi mereka memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di Kedah. "Komitmen mereka untuk memajukan inovasi, memupuk bakat tempatan dan mempromosikan pelaburan mampan dalam keusahawanan adalah penting dalam membantu Kedah menjadi sebuah negeri maju pada masa depan," kata Sanusi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #pelaburankedah -UPDA 11/14/2023, 9:55:15 AM 

Tiada ulasan