Header Ads

test

KEDAH PERUNTUKAN RM100 RIBU SEMPENA DEEPAVALI ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah memperuntukkan sebanyak RM100 ribu kepada 6.7...


KEDAH PERUNTUKAN RM100 RIBU SEMPENA DEEPAVALI ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah memperuntukkan sebanyak RM100 ribu kepada 6.7 peratus rakyat Kedah yang beragama Hindu sempena perayaan Deepavali. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata peruntukan tersebut akan diagihkan di seluruh DUN dalam bentuk hamper yang keseluruhannya berjumlah 1200 hamper. "Selamat menyambut Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di Kedah," ucap beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Negeri Kedah bertempat di Wisma Darul Aman, hari ini. Muhammad Sanusi turut menyampaikan gimik penyerahan hamper sempena Deepavali kepada rakyat Kedah beragama Hindu. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MenteriBesarKedah #Deepavali -UPDA 11/8/2023, 5:58:19 PM 

Tiada ulasan