Header Ads

test

KELUARGA HARMONI, NEGARA MADANI JITRA- Keluarga Harmoni, Negara Madani dipilih menjadi tema bagi Sambutan Bulan Keluarga Kebang...


KELUARGA HARMONI, NEGARA MADANI JITRA- Keluarga Harmoni, Negara Madani dipilih menjadi tema bagi Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2023. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad berkata, selari konsep tersebut, Negeri Kedah telah berada di landasan yang tepat Pelan Pembangunan Kedah 2035 di bawah Teras Ketiga iaitu Keterangkuman Sosial dan Budaya. "Dalam memastikan kesejahteraan keluarga di negeri Kedah, kita telah merancang setiap aspek pembangunan dengan meletak agenda keluarga sebahagian daripada pendekatan yang utama untuk dibangunkan," ujar beliau ketika merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah bertempat di Stadium Mini, di sini hari ini. Tambahnya, Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan merupakan platform yang penting untuk menghargai kepentingan institusi keluarga sebagai asas kepada masyarakat yang stabil dan sejahtera. Menurut beliau, menerusi sambutan ini, ianya dapat mengembeling peranan dan usaha semua pihak untuk mengutamakan perspektif keluarga selain mempromosi nilai-nilai yang positif dalam membina sebuah keluarga harmoni. Jelasnya lagi, institusi keluarga diberi perhatian serius serta diperkukuhkan beberapa inisiatif di peringkat negeri Kedah. "Program meringankan beban kos sara hidup di kalangan keluarga adalah merupakan satu inisiatif yang sangat penting bagi memberi kesejahteraan dan keharmonian kepada keluarga. "Program Kasih Ibu Darul Aman, atau KIDA diperkenalkan dengan memberi manfaat kepada 4,400 Ibu dengan melibatkan 15, 503 tanggungan bagi mendapat bantuan berbentuk barangan keperluan dan perkhidmatan kesihatan. "Program Anaku Sejahtera juga diperkenalkan di mana setiap kelahiran anak keluarga B40 akan menerima sumbangan sebanyak RM 100 ke akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)," jelas Halimaton. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #AdunBukitKayuHitam -UPDA 11/18/2023, 4:00:54 PM 

Tiada ulasan