Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI DISARAN TUBUH JAWATANKUASA KHAS PANTAU PENEROKAAN REE ALOR SETAR - Kerajaan negeri disaran membentuk satu jawat...


KERAJAAN NEGERI DISARAN TUBUH JAWATANKUASA KHAS PANTAU PENEROKAAN REE ALOR SETAR - Kerajaan negeri disaran membentuk satu jawatankuasa yang khusus bagi tujuan memantau proses dan perkembangan industri perlombongan nadir bumi REE di Kedah. Langkah ini bertepatan dengan pemilihan Kedah sebagai negeri kedua yang diberi kebenaran menjalankan projek rintis perlombongan REE oleh Kerajaan Persekutuan selepas Perak. Menurut ADUN Bandar Baharu, YB Dr. Suffian Haji Yusoff dalam sesi perbahasan Sidang Bajet 2024, penubuhan jawatankuasa khas ini mampu memantau proses eksplorasi dan perlombongan berjalan dengan baik mengikut kehendak kerajaan negeri. Usaha tersebut juga mampu mengawal perkembangan industri agar hasilnya kembali kepada negeri dan tidak diekploitasi oleh pihak swasta. "Saya sarankan kita membentuk satu jawatankuasa yang khusus untuk mengurus REE ini agar kita dapat manfaatkan mineral REE ini untuk kita bangunkan negeri kita," ujar beliau. Beliau turut menekankan agar kerajaan negeri bergerak proaktif dalam melahirkan tenaga pakar tempatan untuk terlibat membangunkan industri perlombongan REE serta tidak hanya bergantung kepada tenaga pakar dari China semata-mata. Menurutnya, kerajaan negeri perlu berani menyahut cabaran untuk mengekstrak REE ke tahap lebih lanjut dengan kaedah 'in-situ leaching' sehingga menghasilkan oksida yang lebih tinggi harganya untuk dieksport berbanding karbonat. Dalam perbahasan itu, beliau menyokong usahasama empat kerajaan negeri yang ditabdir oleh Perikatan Nasional yang lebih dikenali 'State-Goverment 4' (SG4) dan yakin kekuatan tersebut mampu meningkatkan ekonomi dengan perkongsian kepakaran. "Saya menyarankan agar kita mengambil manfaat daripada pembentukan SG4 yang melibatkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk menjana pendapatan yang maksima kepada negeri," ujarnya lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/29/2023, 11:15:52 AM 

Tiada ulasan