KERAJAAN NEGERI SALUR RM3 JUTA, BAIK PULIH MUZIUM PADI ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah menyalurkan RM3 juta bagi kerja-kerj...
KERAJAAN NEGERI SALUR RM3 JUTA, BAIK PULIH MUZIUM PADI ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah menyalurkan RM3 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf Muzium Padi. Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin berkata, antara penyelenggaraan yang dibuat adalah pembaikan bumbung, dinding mural panorama, penggantian sistem penghawa dingin dan kerja-kerja pendawaian. "Sebelum ini, muzium ini ditutup sementara selama tujuh bulan bagi memberi peluang kepada pembaik pulih frasarana. "Alhamdulillah, pemerhatian saya hadir ke sini hari ini saya amat berpuas hati dengan hasil kerja Jabatan Kerja Raya (JKR). Insha Allah, muzium ini akan dibuka kepada orang ramai pada 30 November 2023 ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika sidang media di Majlis Penyerahan Projek & Pra Pembukaan Muzim Padi yang berlangsung di Aras 2, Muzium Padi, Gunung Keriang, di sini, hari ini. Beliau juga memberi jaminan bahawa dengan penambah baikan ini akan menarik lebih ramai pengunjung hadir ke sini. Hadir sama, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri dan Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal Ismail. Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/21/2023, 5:30:38 PM
Post a Comment