Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI USAHA JAYAKAN PENERBANGAN SEHALA ALOR SETAR – JEDDAH



ALOR SETAR – Kerajaan negeri dalam usaha menjayakan perancangan penerbangan sehala dari Alor Setar ke Jeddah dan Jeddah ke Alor Setar.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin berkata, perancangan ini bukan sahaja memberi manfaat daripada sudut pertumbuhan ekonomi malah dapat mempromosikan Kedah di mata dunia.
“Pelan ini juga turut mendapat pandangan positif daripada rakyat Selatan Thailand yang turut berhasrat mendokong usaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai hub pelancongan umrah terus ke Jeddah atas faktor kos dan jarak perjalanan yang singkat antara Kedah dan kawasan Selatan Thailand,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Pelan Kedah sebagai Hub Pelancongan dan Penerbangan ke Jeddah, di Wisma Darul Aman, pada Rabu.
Katanya lagi, dilaporkan pada 2018 sebelum pendemik COVID-19 Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) mampu menampung kehadiran penumpang seramai 919,875 setahun.
Menurutnya, laporan itu membuktikan LTSAH berkemampuan menerima pelancong dan penumpang dalam kapasiti yang ramai.
Beliau berharap agar usaha ini dapat dicapai bagi meningkatkan sosio ekonomi setempat disamping mempromosikan negeri Kedah daripada segi pelancongan kepada negara serantau serta pelancong timur tengah.
Turut hadir, Panel Penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Pengurusan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan