MAKTAB MAHMUD MAMPU SAINGI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ALOR SETAR – Maktab Mahmud dan Sekolah Tahfiz Sains berpotensi untuk berk...
MAKTAB MAHMUD MAMPU SAINGI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ALOR SETAR – Maktab Mahmud dan Sekolah Tahfiz Sains berpotensi untuk berkembang dan menyaingi sekolah berprestasi tinggi di seluruh negara. Kerajaan negeri menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengambil berat dan perhatian terhadap pembangunan modal insan di negeri itu. Jelasnya, pelbagai insentif dan sokongan diberikan dalam meningkatkan taraf pendidikan Maktab Mahmud agar menjadi institusi yang unggul. "Jika negeri Kedah ini tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya menabur bakti saya berharap Maktab Mahmud dan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman menjadi tempat pelajar menimba ilmu tanpa sempadan dan tempat guru menabur bakti tanpa jemu," ujar beliau ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Saguhati Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Lembaga Maktab Mahmud bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, di sini hari ini. Tambah Sanusi, seorang pendidik yang professional sentiasa meningkatkan tahap ilmu, kemahiran dan keterampilan serta mempunyai sahsiah yang boleh dijadikan contoh teladan. "Saya harap masyarakat pun tolong guru-guru di sekolah dengan membentuk biah yang baik di rumah dan lingkungan masyarakat, mai kot dalam kelas mudahkan urusan cikgu. "Mak bapa jangan manjakan anak sangat, serah depa kat cikgu tapi ikat tangan kaki cikgu suruh ajar dengan mulut sahaja mata pun tak boleh jeling," tegasnya. Menteri Besar turut mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah pada hari ini dan diharapkan ia adalah sebagai motivasi untuk para guru bersemangat dalam mendidik anak bangsa. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #MediaMBKedah #mmas #maktabmahmud -UPDA 11/21/2023, 8:26:27 PM
Post a Comment