Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah Kedah Medical Centre (KMC) hari ini. Sebelum mempengerusikan mesyuarat YAB Dato' Seri sempat merasmikan Kempen KMC Go Cashless yang dianjurkan oleh Kedah Medical Centre. Kempen KMC Go Cashless yang bermula pada Oktober 2023 adalah usahasama KMC dan Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bertujuan menggalakkan semua pelanggan KMC untuk menjalankan transaksi pembayaran bil perubatan di KMC secara tanpa tunai. Pada bulan pertama kempen ini dijalankan, transaksi tanpa tunai di KMC telah mencapai peningkatan dari 89% ke 92% penggunaan transaksi pembayaran tanpa tunai. Turut hadir Exco Negeri Kedah, YB Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato' Wira Haji Isahak Murat; Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Chin Keat Chyuan serta Ahli Lembaga Pengarah KMC. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #kmc -UPDA 11/6/2023, 7:15:38 PM
Post a Comment