Header Ads

test

WUJUDKAN TASK FORCE SELESAIKAN ISU GERAN TANAH PENDANG ALOR SETAR – ADUN Tokai mencadangkan satu ‘task force’ ditubuhkan bagi m...


WUJUDKAN TASK FORCE SELESAIKAN ISU GERAN TANAH PENDANG ALOR SETAR – ADUN Tokai mencadangkan satu 'task force' ditubuhkan bagi menyelesaikan isu geran tanah di Batu Hampar, Pendang untuk memperbesarkan jalan ke Hospital Pendang. YB Dato Dr. Hayati Othman mengharapkan agar pasukan berkenaan dapat menyelesaikan nama yang tidak terlibat dalam projek pembesaran jalan. "Saya bawa 18 pucuk geran tanah di dalam satu pucuk geran ada 90 nama. Ini menjadi isu kepada para pemegang geran tanah yang terlibat dengan projek membesarkan jalan ke Hospital Pendang. "Ada yang tanahnya berkeluasan 0.0192 hektar dan mempunyai 94 nama, apabila dibahagi setiap individu hanya mendapat RM51.50 sen sahaja," katanya dalam Perbahasan Sidang Bajet 2024 bertempat di Wisma Darul Aman. Katanya, isu seperti itu pernah berlaku di negeri Perlis dan berjaya diselesaikan. Tambah beliau lagi, kerajaan negeri perlu membincangkan isu ini sehingga ke pihak atasan supaya penduduk yang tanahnya diambil sahaja dibayar pampasan. Jelasnya lagi, isu terbabit perlu diselesaikan untuk kepentingan penduduk setempat yang terlibat. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 -UPDA 11/27/2023, 9:00:49 PM 

Tiada ulasan