Header Ads

test

AMBANG 2024 SELANGKAH LAGI MENUJU THE GREATER KEDAH JITRA - Sederhana tetapi meriah.Itulah gambaran suasana Ambang Sejahtera 20...


AMBANG 2024 SELANGKAH LAGI MENUJU THE GREATER KEDAH JITRA - Sederhana tetapi meriah.Itulah gambaran suasana Ambang Sejahtera 2024 yang diadakan di Tasik Darulaman, Jitra bermula semalam sehingga 1 Januari 2024. Pengerusi Pendidikan, Agama dan Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata bahawa sambutan tahun baharu merupakan acara yang lazim disambut seluruh masyarakat dunia termasuk di Malaysia. Menurut beliau, ambang tahun baharu disambut berbeza kali ini sebagai tanda solidariti ke atas rakyat Palestin susulan serangan berterusan ke atas negara itu. "Selaku kerajaan negeri yang amat prihatin, Sambutan Tahun Baharu 2024 dilaksanakan dalam suasana yang sederhana mengenangkan saudara kita masih lagi ditindas di bumi Palastin," ujar beliau ketika merasmikan Ambang Sejahtera 2024. Tambah Mohd Azam Abd Samat, pelbagai acara diatur bagi kerajaan negeri berkongsi wawasan, idea dan gagasan dalam membentuk generasi yang hebat ke arah pembinaan 'The Greater Kedah'. Jelasnya lagi, generasi yang hebat adalah mereka berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai-nilai yang akan membentuk asas kejayaan dalam menghadapi geo politik dunia yang kian berkecamuk. "Ini merupakan antara langkah ke hadapan dalam menyediakan modal insan, lengkap dengan pakej nilai-nilai yang cemerlang bagi mengukuhkan kedudukan Kedah sebagai negeri yang dinamik serta berdaya saing," katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/30/2023, 12:00:55 PM 

Tiada ulasan