Header Ads

test

KEDAH BERAZAM LAHIRKAN LEBIH RAMAI ATLET SKUASY YANG BERKUALITI ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah melalui Majlis Sukan Negeri ...


KEDAH BERAZAM LAHIRKAN LEBIH RAMAI ATLET SKUASY YANG BERKUALITI ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah melalui Majlis Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Skuasy Negeri Kedah berazam akan terus melahirkan atlet-atlet skuasy berkualiti tinggi untuk mengharumkan nama Malaysia. EXCO Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din berkata, kerajaan negeri juga menyambut baik peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi menyediakan fasiliti dan kemudahan sukan yang lebih baik kepada Masyarakat. "Pembinaan infrastruktur sukan yang lengkap dapat mencungkil peluang kepada bakat baru yang ada supaya lebih menyerlah dalam sukan tersebut," ujarnya dalam Majlis Penyerahan Rasmi Pusat Skuasy Negeri Kedah bertempat di Pusat Skuasy Negeri Kedah, Jalan Sukan Menanti di sini hari ini. Jelasnya, terkini jurulatih skuasy dibawah Majlis Sukan Negeri Kedah seramai tiga orang, atlet seramai 71 orang dan atlet di program elit seramai lapan orang. Dengan pembinaan pusat sukan skuasy itu, beliau berharap akan dapat melahirkan lebih ramai atlet skuady yang berkualiti. Dalam masa yang sama, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh berkata beliau percaya negeri kedah boleh buat lebih banyak kejohanan dan bakat-bakat baru juga mempunyai ruang untuk berlatih dengan penambahan pusat skuasy itu. "Bila diumumkan sukan skuasy menyertai Sukan Olimpik 2024, reaksi rakyat Malaysia menaruh harapan yang besar dan komuniti skuasy sedang membuat persiapan untuk meraih kemenangan. Tetapi Pembangunan fasiliti dan Pembangunan sukan perlu berjalan serentak. "Saya harap Kerajaan negeri dapat menjaga fasiliti dengan lebih baik dan kita akan bekerjasama untuk bersama-sama membangunkan sukan ini," ujarnya dalam sidang media selepas majlis berlangsung. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #skuasy #sukan -UPDA 12/18/2023, 11:53:44 AM 

Tiada ulasan