Header Ads

test

KEM BELIA SEJAHTERA SASAR LAHIRKAN BELIA KOMPETEN



YAN - Kem Belia Sejahtera peringkat Negeri Kedah yang berlangsung selama tiga hari melabuhkan tirai dengan jayanya, Sabtu lalu.


Sebanyak 76 penyertaan keseluruhan manakala tiga daripadanya peserta Pulau Pinang. 


Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Exco Belia dan Sukan, YB Muhammad Radhi Mat Din di Kem D'Fityan.


Menurutnya, tentatif program dirangka sarat dengan aktiviti kerohanian dan kecergasan fizikal seperti renang, ekspedisi pendakian serta memanah bagi melatih


"Pembentukan rohani, emosi, intelek dan jasmani perlu bersepadu serta beriringan agar kehidupan belia mampu berjalan dengan sempurna," ujarnya.


YB Radhi turut menyatakan komitmen kerajaan negeri mempersiapkan belia yang berkualiti dan kompeten bagi menjayakan agenda Negeri Kedah.


"Maju atau mundurnya sesebuah negara dan negeri itu bergantung kepada keupayaan, kesanggupan, kebolehan dan ketokohan belia khususnya di Kedah bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan gagasan 'The Greater Kedah'," tambahnya lagi.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan