Header Ads

test

KURSUS TANAMAN BENIH PERLU DIPERLUAS BAGI MENJANA PENDAPATAN RAKYAT ALOR SETAR - Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, ...


KURSUS TANAMAN BENIH PERLU DIPERLUAS BAGI MENJANA PENDAPATAN RAKYAT ALOR SETAR - Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Ab Ghani menyifatkan kursus penyediaan benih sayur perlu dilaksanakan di semua tempat bagi menjana pendapatan rakyat di Kedah khususnya. Katanya, langkah ini diambil bagi menggalakkan pengeluaran bahan makanan sendiri berikutan kenaikan harga barang. "Pihak kerajaan negeri sedar dengan kenaikan harga barang keperluan makanan terutama bagi penduduk bandar, menjadi bebanan rakyat. "Beberapa langkah telah diambil termasuk menggalakkan pengeluaran sendiri bahan makanan seperti sayuran bagi mengurangkan belanja dapur untuk keluarga," ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pertanian Bandar Bersama Penduduk Taman Wira Mergong 2023 di Dewan Orang Ramai Blok B, Taman Wira Mergong, di sini, hari ini. Beliau yang merupakan ADUN Suka Menanti berkata, Program Pertanian Bandar antara medium terbaik yang dapat dilaksanakan di kawasan tanaman terhad seiring dengan teknologi baharu. "Program ini boleh dilaksanakan di perkarangan rumah tanpa perlu kawasan yang luas. "Boleh juga ditanam di dalam pasu dan kita syorkan supaya kurangkan penanaman bunga dan tukar dengan tanaman sayuran. Bunga hanya sedap mata memandang, tetapi sayuran sedap untuk dimakan," jelas beliau lagi. Beliau juga merakamkan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Ibu Tunggal Parlimen Alor Setar (PITAS) di atas penganjuran bagi menjayakan program pada hari ini. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/12/2023, 5:00:40 PM 

Tiada ulasan