Header Ads

test

PERKUKUHKAN PERPADUAN ANTARA PEMIMPIN MASYARAKAT KUALA NERANG - Majlis Ketua Kampung (MKK), imam masjid, penghulu dan semua ag...


PERKUKUHKAN PERPADUAN ANTARA PEMIMPIN MASYARAKAT KUALA NERANG - Majlis Ketua Kampung (MKK), imam masjid, penghulu dan semua agensi kerajaan diseru untuk bersama-sama mengukuhkan perpaduan agar dapat membina kehidupan yang sejahtera di negeri Kedah. EXCO Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran serta Tenaga, Mohamad Yusoff Zakaria berkata seorang wakil rakyat bukan semata-mata mewakili parti tetapi perlu bertanggungjawab menjaga kebajikan semua rakyat. "Rakyat perlu diberi hak yang sama dan adil dan kita perlu buat yang terbaik untuk rakyat," ujarnya ketika merasmikan Karnival Kuala Nerang Sejahtera & Kempen Sayangi Alam Sekitar dan Air di Dataran Putra, Kuala Nerang. Tambahnya sebagai anggota masyarakat khususnya MKK boleh berhubung terus dengan penghulu atau EXCO untuk memaklumkan jika ada sebarang permohonan. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang turut memaklumkan bahawa Syarikat Air Darul Aman (SADA) sedaya upaya bertungkus lumus dalam memberikan bekalan air yang sempurna kepada rakyat. Katanya, SADA telah menyediakan pelan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang untuk mengatasi masalah air. Jelasnya lagi, peruntukan untuk rancangan tebatan banjir di Padang Terap sebahagiannya telah diluluskan dan sebahagiannya masih dalam proses menunggu kelulusan. Menurut Mohamad Yusoff, SADA mempunyai lima projek besar yang memperuntukan RM1 bilion dan sedang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). "Sebagai rakyat teruslah berdoa moga-moga projek-projek ini berjalan lancar, " kata beliau. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #ADUNKualaNerang -UPDA 12/23/2023, 9:50:02 PM 

Tiada ulasan