Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MUDAHKAN MEREKA BERNIAGA Mencari tapak niaga yang terbaik bagi peniaga jalanan (pasar malam, pekan nat, food truck dll) tidaklah terlalu mudah. Produk baik untuk diniagakan tapi tempat tiada tarikan, tak terjual juga barang. Ada tempat yang meriah pada awal sahaja, lepas itu pudar. Ada yang meriah bermusim; kena tema dan waktu, kencang berniaga tapi tempat yang sama pada waktu lain, merudum jualan. Sekitar Stadium Darul Aman, Star Parade, Dataran Bandar, Balai Seni, Menara Alor Setar, Grand Alora adalah antara yang pernah melalui fenomena ini. Lebih tiga dekad berada dalam kawasan Bandaraya Alor Setar, saya dapat menyaksikan pelbagai perubahan gelagat peniaga jalanan serta fenomena sekitarannya. Tidak pernah lupa untuk meneropong diri sendiri yang pernah menjadi peniaga jalanan di Bandaraya Alor Setar. Dalam dua bulan mutakhir ini, kemeriahan tiba-tiba beralih ke Jalan Pegawai. Dah jadi pasar malam. Hujung minggu ramai pengunjung. Dari 15 peniaga berlesen, lebih 50 peniaga tiada berlesen turut mencari rezki. Nak memeriahkan lokasi perniagaan bukan kerja mudah, tiba-tiba ia menjadi meriah. Ia adalah satu 'kejayaan'. Tapi biasalah.. selepas kejayaan, akan timbul 'masalah dari kejayaan'. Isu kebersihan, sampah, gangguan lalulintas, berniaga tanpa lesen adalah antara perkara yang perlu ditangani MBAS selaku pengurus bandaraya. Sedikit kecoh2 ribut2 beberapa hari lalu.. Alhamdulillah saya dapat berita terbaru, semua diberi peluang berniaga. Cuma tapak niaga dialihkan di seberang jalan. Yang tidak berlesen kena ambil lesen. Jawatankuasa bertindak dari kalangan peniaga ditubuh untuk berunding dengan MBAS dalam pelbagai isu berbangkit. Situasi win win antara semua pihak terbabit dicapai. Semua yang berniaga bukan pemilik hypermarket. Bukan tauke kilang. Sekadar buka canopy 10X10 jual minuman, roti john, oden, ramen, burger, colek, ayam goreng.. macam-macamlah. Pendekata, dengan jualan diperolehi tak mampu pun nak kumpul duit beli harta juta-juta. Alhamdulillah kalau boleh tampung sedikit pendapatan beli susu anak, bayar bil air, elektrik, belanja dapur. Justeru tak perlu ada pihak yang nak sekat mereka berniaga. Beri saja peluang, asal mengikut peraturan. Terima kasih MBAS, penguatkuasa, ahli-ahli majlis, Pegawai Khas MB Encik Anas, YB Afnan Hamimi MP Alor Setar, YB Dato' Salleh Saidin Exco Keusahawanan, Encik Hadi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Encik Sarjakhan NGO Ikhlas serta semua pihak yang memainkan peranan dengan baik. Kita mudahkan urusan makhluk dalam kebaikan, Allah mudahkan urusan kita. KEDAH SEJAHTERA, NIKMAT UNTUK SEMUA Haji Zulkifli Yahaya,Setiusaha Politik MB Kedah . " Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrussetiaPeneranganDarulaman #UPDA -UPDA 12/19/2023, 3:00:39 PM 

Tiada ulasan