Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria mengadakan lawatan ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal di Kampung Padang Cina, Kulim, pada Selasa. Lawatan ini bertujuan untuk melihat bagaimana sisa-sisa pepejal harian dilupuskan dan diuruskan oleh pihak yang bertanggungjawab. Beliau memaklumkan tapak pelupusan ini telah beroperasi sejak dari tahun 1992 yang berkeluasan 140 ekar. Sebanyak 70 ekar telah digunakan sepenuhnya dan hanya tersisa 70 ekar lagi. Beliau juga dimaklumkan bahawa tapak pelupusan ini akan penuh pada hujung tahun hadapan 2024 dan lokasi ini juga telah menerima sampah sebanyak 29 tan sebulan dan sebanyak 1000 tan sehari. Tapak pelepusan ini juga menerima sampah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sik, Baling, Kulim, Hi Tech, MPSPK dan Bandar Baharu. Tempat pelupusan sampah ini mempunyai lima bahagian yang terdiri dari lokasi pengumpulan sisa-sisa pepejal, lokasi pengumpulan sisa-sisa hijau, lokasi pengumpulan sisi-sisa binaan, lokasi 3R dan loji rawatan air sampah. Turut hadir, ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli, Pengarah SWCorp dan operator tapak. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/6/2023, 2:00:38 PM 

Tiada ulasan