Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Semalam di Kota Kinabalu, berlaku pertemuan paling dramatik, yang tidak disangka-sangka. Saya dapat jemputan dinner santai sambil networking, dari sebuah agensi strategik federal. Tempatnya di Restoren Seafood Kampung Nelayan. Bila sampai di restoren, saya tiba-tiba pula terserampak dengan junior masa sekolah menengah dulu. Ya, saya pernah belajar di sebuah sekolah berasrama penuh, terletak di Sungai Petani, Kedah. Dengan penuh girang, junior tersebut datang menyapa, sampai saya pula rasa terharu. Beliau masih lagi membahasakan saya sebagai "Abang". Iyalah, masa di sekolah dulu, saya ini mentor yang pernah menjaga mereka selaku adik-adik junior. Meski sekarang ini, sudah memegang jawatan Menteri Besar, beliau sedikit pun tidak berubah dari segi karektor. Masih macam yang saya kenali masa di sekolah dulu. Beliau antara figura politik paling dikenali di Malaysia, tapi keperibadiannya tetap marhaen sejati. Pembawaannya santun dan tertib, dengan kata-kata mesra yang begitu membumi. Keramahan beliau, sangat menepati ciri tipikal orang Kedah. Cakap sepatah, disusul senyum dan gelak bertele-tele. Very approachable, and pleasant to be with. Sebagai politikus, branding beliau memang agak kontroversi sikit. Bila ada yang tau beliau junior saya, ramai juga yang tanya itu dan ini. Jawapan saya mudah: karektor sebenar dan pesona politik adalah dua bentuk peribadi yang berbeza. Jangan campur aduk. Menilik hati budi orang, tidak cukup dengan hanya mengagak-agak dari jauh. Sekadar mendengar kata-kata yang tersebar di skrin gajet, atau tulisan-tulisan yang bercempara sana-sini. Yang kadang-kadang dipetik dan dikerat sesukanya oleh orang ketiga. Pesona politik dicipta oleh media, dimahsyurkan oleh netizen dan diapi-apikan oleh sentimen partisan. Prinsip ini bukan saja terpakai untuk sahabat junior saya itu, tetapi untuk semua politikus. Pada saya, juri terbaik untuk menghakimi seorang pemimpin adalah rakyat dan lokaliti; bukan media dan umat netizen. Manipulasi media tidak akan lestari dalam tempoh masa panjang. Yang akan kekal adalah ikatan yang terzahir secara tulen di lapangan. Kalau masyarakat tempatan yang hidup paling dekat dengan seseorang pemimpin — kekal setia mahu memartabatkan kepimpinannya, maka itu adalah ukuran muktamad yang perlu diakui dan dihormati. Betapa karektor sebenar pemimpin tersebut jauh lebih unggul daripada pesona politik, yang cuba dicipta-cipta oleh media. Ini bukan cerita politik ya. BUKAN. Ini sekadar perkongsian kasual, melahirkan rasa teruja saya dapat reunion semula dengan junior zaman sekolah, yang sudah berdekad-dekad tidak berpeluang jumpa secara semuka. Ya, kebetulan pula beliau seorang pemimpin politik tanahair yang tersohor. Tapi dalam chit-chat kami semalam, tiada seketul pun cerita politik keluar. Langsung tidak ada! Kami hanya mengimbau kenangan-kenangan zaman sekolah dulu. Saya juga sangat bangga, seorang figura ternama seperti beliau — memilih Sabah sebagai destinasi percutian hujung tahun bersama keluarga. Ketika ramai tokoh lain berduyun-duyun mencari terapi wisata di luar negara, beliau lebih terpukau dengan aura Negeri di Bawah Bayu. Waduh! Terima kasih, Dato' Seri. Semoga trip percutian di Sabah dipermudahkan, dan membawa pulang ke Kedah seribu kenangan indah. Catatan: Rem Dambul -UPDA 12/22/2023, 5:25:21 PM
Post a Comment