Header Ads

test

AMALAN MEMBACA TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN POKOK SENA - Amalan membaca buku tidak boleh dipinggirkan daripada kehidupan manusia k...


AMALAN MEMBACA TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN POKOK SENA - Amalan membaca buku tidak boleh dipinggirkan daripada kehidupan manusia kerana sumber ilmu yang berguna untuk kehidupan sejak dahulu diperolehi melalui buku-buku dan kitab-kitab. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi berkata, walaupun zaman sentiasa berubah tetapi objektif untuk mendapatkan ilmu menerusi pembacaan tidak boleh berubah. "Input yang kita perlukan dalam kehidupan ini adalah pembacaan yang baru dalam minda untuk diproses menjadi output barulah kehidupan akan berkembang," ujar beliau ketika merasmikan Pesta Buku Pokok Sena hari ini, di sini. Tambahnya, penganjuran program seperti ini adalah sangat baik dalam usaha menyemai minat membaca bahan bacaan yang berfaedah khususnya dalam kalangan generasi muda. Jelasnya, di samping menggalakkan anak-anak mengamalkan cara hidup berasaskan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa, ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak mengkesampingkan buku-buku sebagai sumber ilmu. Beliau turut dimaklumkan bahawa Hasani Books akan menyumbangkan buku kepada beberapa buah sekolah di daerah Pokok Sena. Katanya beliau amat berbangga kerana slogan yang diterapkan di bawah pentadbiran ini "Kedah Negeri Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Berbakti" telah dapat dihayati oleh peniaga-peniaga yang berjaya seperti Hasani. "Saya percaya bahawa di sekeliling kita ada bermacam macam cerita kisah anak orang miskin sedar akan kepentingan ilmu dan membaca untuk mengubah nasib masa hadapan. Mudah-mudahan sumbangan Hasani ini akan membantu mereka yang bernasib sedemikian," ujar Sanusi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MenteriBesarKedah -UPDA 1/25/2024, 3:11:53 PM 

Tiada ulasan