Header Ads

test

AT&S TAWAR 6000 PELUANG PEKERJAAN KULIM – Sebanyak 6000 tenaga kerja ditawarkan oleh AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (...


AT&S TAWAR 6000 PELUANG PEKERJAAN KULIM – Sebanyak 6000 tenaga kerja ditawarkan oleh AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn. Bhd kepada rakyat negeri Kedah. Menurut EXCO Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah, YB Dr. Haim Hilman Abdullah berkata bukan sahaja peluang pekerjaan malah peluang untuk belajar daripada peneraju global dalam teknologi pembuatan litar bersepadu (IC) substrat termaju. "Saya percaya AT&S dan Kedah boleh membina masa depan yang lebih baik bersama-sama dan bagi pihak kerajaan negeri saya berterima kasih kerana memilih Kulim untuk melabur berbanding tempat lain di luar sana," ujarnya dalam Majlis Perasmian AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn. Bhd. bertempat di AT&S Malaysia Kulim Hi-Tech Park di sini hari ini. Tambah beliau, kerajaan negeri turut berazam untuk menyediakan kelengkapan yang diperlukan oleh para pelabur yang melabur di negeri Kedah. Katanya, antara perkembangan penting bagi memenuhi permintaan pelaburan berimpak tinggi dan penggunaan domestik semasa dan masa hadapan adalah melancarkan pembangunan bekalan air yang komprehensif. Jelas beliau, hal itu akan membantu mengurangkan gangguan bekalan air dengan menggantikan paip lama dan usang serta memastikan bekalan air bersih konsisten untuk pengguna industri dan domestik. Haim turut memaklumkan bahawa dari Januari hingga September 2023, Kedah merekodkan RM21 bilion pelaburan pembuatan yang diluluskan, yang mana industri elektronik menyumbang RM8.6 bilion atau 41 peratus daripada jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan. "Selaras dengan rancangan pertumbuhan Kedah dan berdasarkan momentum pelaburan semasa, kerajaan negeri Kedah, melalui Kulim Technology Park Corporation (KTPC), telah memulakan pelan Pembesaran KHTP Fasa 4A, meliputi 101 hektar dan dijangka siap menjelang September 2025," katanya lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #thegreaterkedah -UPDA 1/24/2024, 5:07:56 PM 

Tiada ulasan