Header Ads

test

JAWATANKUASA THE GREATER KEDAH DITUBUHKAN ALOR SETAR – Kerajaan negeri bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas mengendalikan Th...


JAWATANKUASA THE GREATER KEDAH DITUBUHKAN ALOR SETAR – Kerajaan negeri bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas mengendalikan The Greater Kedah supaya lebih teratur dan tersusun. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menyelaras data-data aktiviti kerahaan, anak-anak syarikat kerajaan dalam menyediakan laporan tahunan serta mengemaskini pencapaian semasa semua sektor. Jelasnya, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah bersama beberapa pegawai kanan agensi kerajaan dan turut disertai oleh pakar-pakar dalam bidang tertentu. "Besarlah kerja The Greater Kedah, sebelum ini data bertaburan dipelbagai sektor, semua itu akan dikumpulkan data, dianalisa dan akan ada sektor-sektor yang diberi penekanan," ujar beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. Tambah beliau, sebelum ini usaha itu telah dibuat oleh agensi tertentu tetapi ianya tidak mencakupi dan perlu digarapkan seluruh data yang ada. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #thegreaterKedah -UPDA 1/3/2024, 5:57:51 PM 

Tiada ulasan