Header Ads

test

KEDAH TUAN RUMAH KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA EMAS KHIR JOHARI KE-57 ALOR SETAR – Negeri Kedah bakal menjadi tuan rumah kepada...


KEDAH TUAN RUMAH KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA EMAS KHIR JOHARI KE-57 ALOR SETAR – Negeri Kedah bakal menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari (PEKJ) kali ke-57. Kejohanan itu akan berlangsung selama lapan hari bermula 22 Januari 2024 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti melibatkan sebanyak 18 pasukan. "Sukan sepak takraw merupakan sukan yang sangat dekat dengan jiwa orang Melayu dan di negeri Kedah Darul Aman, ia mula bertapak sekitar tahun 1946," kata Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din dalam Majlis Pengenalan Pemain dan Penyerahan Jersi Pasukan Sepak Takraw Negeri Kedah di Restoran Medina Thai Palace, Alor Setar, hari ini. Tambah beliau lagi, negeri Kedah sinonim dengan sukan itu telah melahirkan ramai lagenda sukan sepak takraw seperti Allahyarham Adnan Saidin, Azman Ismail, Jamal Din dan Zabidi Shariff. Radhi turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kerana memilih negeri Kedah sebagai tuan rumah pada kojohanan itu. "Penganjuran ini selari dengan hasrat saya sebagai EXCO Sukan untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan sepak takraw di negeri Kedah, " katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/18/2024, 3:30:21 PM 

Tiada ulasan