Header Ads

test

KEDAH UMUM CUTI PERISTIWA SEMPENA THAIPUSAM ALOR SETAR - Kedah mengumumkan 25 Januari sebagai cuti peristiwa sempena Thaipusam....


KEDAH UMUM CUTI PERISTIWA SEMPENA THAIPUSAM ALOR SETAR - Kedah mengumumkan 25 Januari sebagai cuti peristiwa sempena Thaipusam. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kelulusan tersebut dipersetujui menerusi Mesyuarat EXCO Negeri Kedah semalam. "Tahun lalu kita bagi cuti, tahun ini pun bagi lagi dan kita umumkan lebih awal. Bolehlah penganut Hindu di negeri ini bercuti dan orang lain pun boleh bercuti," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman. Sementara itu, Muhammad Sanusi juga menasihatkan agar rakyat negeri Kedah terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan untuk mengatasi COVID-19. "Minggu ini ada sedikit penurunan kes COVID-19 di Kedah. "Kita sudah training selama dua tahun dengan perintah berkurung, hari ini kita diberi pilihan untuk menghadapi COVID-19 dengan lebih ringan. Tambah beliau, individu yang bergejala diminta mematuhi saranan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MenteriBesarKedah #thegreaterkedah #thaipusam2024 -UPDA 1/4/2024, 10:13:44 AM 

Tiada ulasan