Header Ads

test

PERPUSTAKAAN PERLU PROAKTIF DAN RESPONSIF TERHADAP PERUBAHAN GLOBAL ALOR SETAR - Perkhidmatan perpustakaan perlu lebih proaktif...


PERPUSTAKAAN PERLU PROAKTIF DAN RESPONSIF TERHADAP PERUBAHAN GLOBAL ALOR SETAR - Perkhidmatan perpustakaan perlu lebih proaktif dan responsif terhadap perubahan global. Budaya kerja berprestasi tinggi dan pengurusan tepat ditekankan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang efisien. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat, Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad berkata demikian dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) pagi ini. Tahun baharu menurut beliau adalah waktu yang tepat untuk mengukur pencapaian sepanjang setahun di samping memberikan nilai tambah dan merespon keperluan komuniti dengan lebih baik. Tambahnya yang juga Pengerusi PPAK, perpustakaan perlu inklusif, ramah dan responsif terhadap perubahan zaman. "Perkhidmatan perpustakaan perlu melangkah lebih jauh dengan membangunkan jenama yang tersendiri selaras dengan trend global semasa. "Kita patut menjadi lebih proaktif dan berupaya meramalkan apa yang akan berlaku dan melakukan persediaan sewajarnya. Tidak wajar kita bersifat reaktif sahaja dan bertindak hanya apabila sesuatu masalah muncul, " katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/23/2024, 1:02:58 PM 

Tiada ulasan