Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani pagi ini turun melawat ternakan udang kara air tawar daripada jenis 'red claw' (sepit merah) di Kampung Durian. Farouk Firdaus merupakan pengasas Australian Redclaw Breeding And Aquaculture Hatchery (ARBAAH) yang mengusahakan ternakan berkenaan sejak tahun 2020. Udang kara air tawar ARBAAH diternak dalam 54 kolam berbeza terdiri kolam tanah dan kolam simen. Menurut Haji Dzowahir Ab Ghani, menjadi hasrat kerajaan untuk melatih dan menggalakkan anak muda yang berminat dalam menceburi penternakan udang kara air tawar. Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Abd Razak Khamis, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato' Haji Mohd Fauzi Mustaffa, Penolong Pegawai Daerah Pendang, Mohd Zhafri Dato' Mohd Zohdi dan Pengarah Jabatan Perikanan negeri Kedah, Pang Anak Nyukang. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/14/2024, 4:06:42 PM 

Tiada ulasan