Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PROGRAM ZIARAH LAGENDA SUKAN KEDAH Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din, telah menziarahi dua legenda sukan Kedah di Kulim. Lagenda sukan Kedah yang diziarahi adalah bekas pemain sepak takraw (Apit Kanan), Mohd Zaini Selamat, 42 tahun, di Taman Jati, Kulim. Beliau pernah meraih emas semasa berada dalam Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Negeri Kedah (MAKSAK). Kini beliau menghadapi masalah urat saraf berpunca daripada kemalangan jalan raya. Selanjutnya, YB Haji Muhammad Radhi menziarahi bekas pemain bola jaring, Rosmawati Abdul Majid, 58 tahun di Taman Cekur, Kulim. Beliau pernah menyertai Kejohanan Terbuka Kebangsaan dari tahun 1991 hingga 1994, mewakili PKNK Gemaputra, dan turut serta dalam Kesuma Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999 dan 2023. Beliau sekarang diuji beberapa masalah kesihatan termasuk breast cancer stage 1, pendarahan otak, dan pembekuan darah dalam vena. Turut serta dalam program ziarah ini adalah ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli, Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Nasrun Osman, Wakil ADUN Kulim, dan wakil Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/24/2024, 10:36:56 PM 

Tiada ulasan