Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keusahawanan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin menghadiri Majlis Penutup Royal Langkawi International Regatta (RLIR) 2024 di Royal Langkawi Yacht Club Kuah malam tadi. Acara berlangsung dari 15 hingga 20 Januari 2024. Sebanyak 33 bot dengan 250 peserta dari dalam dan luar negara, termasuk Malaysia, Thailand, Denmark, United Kingdom, Australia, Singapore, United States, Japan, Hong Kong, New Zealand, China, dan Vietnam, turut serta dalam regatta ini. Turut hadir dalam majlis penutup ini Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Dato Sri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Penolong Pegawai Daerah Langkawi , Tuan Haji Zulkifli Abdullah, Pegawai Eksekutif Langkawi Development Authority (LADA), Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, Commodore of Royal Langkawi Yacht Club, YM Tunku Dato' Yaacob Khyra, Rear Commodore of Royal Langkawi Yacht Club, YM Tunku Soraya Dakhlah, Pegawai Eksekutif Royal Langkawi Yacht Club, Encik Azlan Abdullah dan ADUN Ayaq Hangat, YB Cik Shamsilah Siru. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/21/2024, 4:18:42 PM 

Tiada ulasan