Header Ads

test

RAJA TOMAN TAKLUK SUNGAI ANAK BUKIT ALOR SETAR - Ikan toman sepanjang 105 cm tewas di tangan Raja Toman dalam program Sungai An...


RAJA TOMAN TAKLUK SUNGAI ANAK BUKIT ALOR SETAR - Ikan toman sepanjang 105 cm tewas di tangan Raja Toman dalam program Sungai Anak Bukit Casting Tournament Piala YB DUN Anak Bukit. Program anjuran bersama antara Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Anak Bukit dan penaja Bullzen, CastKing berakhir dengan meriah setelah berlangsung dua hari. Perasmian penutup disempurnakan oleh ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak. "Saya berhasrat untuk mengangkat program sebegini sebagai acara tahunan," ujar ADUN Anak Bukit. Program julung kali diadakan ini mendapat penyertaan peserta tempatan dan peserta luar seperti daripada Pulau Pinang, Terengganu dan Pahang. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/29/2024, 2:29:41 PM 

Tiada ulasan