TINGKATKAN KUALITI HIDUP MENJELANG RAMADAN ALOR SETAR - Kempen Solat Subuh seperti Jumaat dilihat sebagai usaha membentuk jati ...
TINGKATKAN KUALITI HIDUP MENJELANG RAMADAN ALOR SETAR - Kempen Solat Subuh seperti Jumaat dilihat sebagai usaha membentuk jati diri rakyat, terutamanya golongan muda. Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din berkata inisiatif itu penting menjelang bulan Ramadan, di mana umat Islam berkeinginan meraih pahala sepanjang bulan mulia tersebut. Kempen itu melibatkan 588 buah masjid dalam negeri Kedah. "Kempen seperti ini juga dilihat sangat signifikan lebih-lebih lagi umat Islam bakal menyambut Ramadan dan sudah tentu masing-masing ingin merebut pahala sepanjang bulan mulia itu, " ujar beliau ketika memberi ucapan di Masjid Zahir, pagi tadi. Tambah Radhi, kempen mengajak masyarakat berbuat baik menerusi platform media sosial adalah kaedah paling berkesan, malah ia berupaya membentuk individu lebih positif dalam menjalani kehidupan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/27/2024, 1:00:30 PM
Post a Comment