Header Ads

test

BERAS KEDAH PERLU LEBIH MURAH KERANA PENGELUAR UTAMA SUNGAI PETANI - Pelaksanaan beras madani iaitu menyelaraskan harga beras i...


BERAS KEDAH PERLU LEBIH MURAH KERANA PENGELUAR UTAMA SUNGAI PETANI - Pelaksanaan beras madani iaitu menyelaraskan harga beras import dan tempatan tidak semudah yang dikatakan. Menurut Menteri Besar YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, beras perlu dijamin mempunyai harga rendah supaya rakyat boleh membeli. Tambahnya, beliau turut berharap supaya beras di kedah lebih murah kerana Kedah pengeluar beras utama negara. "Isu beras penting, jangan bagi harga tempatan terlalu mahal, beras import rakyat tak mampu beli, rakyat nak makan apa," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam 'Program Charity Ride PKNK and MB' di Dataran Pantai Merdeka baru-baru ini. Muhammad Sanusi turut menyampaikan sumbangan dan wakalah kepada asnaf-asnaf, pesakit terlantar, serta orang-orang tua dalam program tersebut. Katanya beliau menggalakkan agensi kerajaan dan swasta yang ada di Kedah untuk terbabit program seperti ini dengan mengadakan aktiviti sihat sambil beramal menyantuni rakyat. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 2/19/2024, 12:01:43 PM 

Tiada ulasan