KELEWATAN NAIK TARAF LRA SUNGAI LIMAU
SUNGAI LIMAU - Projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau mengalami kelewatan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air, dan Alam Sekitar, YB Haji Mohammad Yusoff Zakaria, projek berkenaan mengalami kelewatan disebabkan oleh beberapa isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan teknikal ke tapak projek Menaiktaraf LRA Sungai Limau.
"Saya menegaskan supaya pihak kontraktor sentiasa bekerja keras mencari jalan untuk menyelesaikan masalah serta mempercepatkan projek ini, antaranya dengan menambah tenaga kerja dan jentera, kerana projek ini amat penting dan boleh memberikan manfaat kepada puluhan ribu rakyat di sekitarnya," katanya.
Turut hadir dalam lawatan itu adalah ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
Post a Comment