Header Ads

test

LAGENDA BOLA SEPAK KEDAH DISERANG ANGIN AHMAR


ALOR SETAR – Lagenda bola sepak skuad Hijau Kuning, Abdul Rahman Tasu kini berdepan masalah kesihatan. 


Beliau kini tidak mampu berjalan dan terpaksa bergantung dengan kerusi roda selain memerlukan pemerhatian penuh sepanjang masa selepas diserang angin ahmar kali ke empat. 


Abdul Rahman Tasu antara bekas pemain yang berada dalam pasukan Kedah bersama rakan sepasukannya Radhi Mat Din ketika mereka kali pertama menjulang Piala Malaysia menewaskan Singapura pada 1990. 


Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din, bersama-sama dengan ADUN Bukit Pinang, YB Dato’ Wan Romani Wan Salim dan Pengurus Operasi Zon Utara, Zamzuri Mansor menziarahi rumah bekas pemain Kedah hari ini di Pekan Langgar. 


“Kehadiran kita pada hari ini lebih kepada bagi support untuk dia sebagai sahabat dan juga rasa tanggungjawab khususnya bagi pihak Econsave dalam program CSR ini, ” ujar Radhi.


Radhi turut menyatakan hasratnya untuk membantu mendapatkan bantuan keperluan seperti payung untuk isterinya bagi menjalankan perniagaan.


“InshaAllah, kita berusaha juga untuk mendapatkan payung untuk isterinya bagi melangsungkan perniagaan, ” katanya.


Pada perkembangan yang sama, ADUN Bukit Pinang, YB Dato’ Wan Romani Wan Salim berusaha menggantikan pendawaian elektrik untuk keselesaan Abdul Rahman Tasu sekeluarga.


“Kita akan buat susulan, keadaan rumah beliau pun nampak uzur kita akan buat wiring semula. InsyaAllah, kita akan berusaha sedaya upaya untuk membantu setakat mana yang boleh," kata Wan Romani.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan