Header Ads

test

MPKK, HEITECH PADU BERHAD JALIN KERJASAMA BANGUNKAN BANDAR PINTAR KULIM - Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menjalinkan kerjasama...


MPKK, HEITECH PADU BERHAD JALIN KERJASAMA BANGUNKAN BANDAR PINTAR KULIM - Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menjalinkan kerjasama strategik dengan HeiTech Padu Berhad (HTP) untuk membangunkan daerah Kulim sebagai sebuah bandar pintar. Kerjasama itu merangkumi penilaian persekitaran semasa, penyelesaian mampan dan teknologi terkini dalam meningkatkan taraf hidup bandar serta mempromosikan pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Yang Dipertua MPKK, Dato' Hj. Elmi Yusoff berkata HTP memainkan peranan penting dalam membimbing MPKK melalui proses pembangunan dan pelaksanaan inisiatif bandar pintar yang disesuaikan dengan konteks tempatan. Beliau turut komited untuk memperkenalkan inisiatif bandar pintar dan pembangunan mampan di Kedah. "Kerjasama dengan HeiTech Padu Berhad ini akan membolehkan kami memanfaatkan kepakaran mereka dan berkolaborasi dalam merumuskan pendekatan terbaik untuk pelaksanaan bandar pintar, memastikan kami memenuhi keperluan dan harapan komuniti di Kulim," katanya. Pada perkembangan yang sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HTP, Salmi Nadia Mohd Hilmey berkata kolaborasi itu adalah untuk membangunkan pelbagai penyelesaian bandar pintar yang mengintegrasikan teknologi pintar ke dalam perkhidmatan MPKK. "Sebagai rakan teknologi MPKK, kami sangat teruja untuk menyumbangkan kepakaran kami dalam teknologi digital, perancangan bandar, dan penyelesaian bandar pintar," kata Salmi. Tujuh komponen utama dalam Kerangka Bandar Pintar Malaysia menjadi tumpuan dalam memastikan bandar pintar Kulim mematuhi terhadap garis panduan dan amalan terbaik industri. Kerjasama bersama HTP sebelum itu dalam pembangunan sistem Kulim Smart Parking (KSP) telah berjaya mendapat kutipan lebih daripada RM1.5 juta dalam tempoh dua tahun. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/4/2024, 10:12:46 PM 

Tiada ulasan