Header Ads

test

PENGURUSAN PEMBANGUNAN TANAH KEDAH BANTU KEJAYAAN PROJEK BERIMPAK TINGGI ALOR SETAR - Pengurusan pembangunan tanah di Kedah mem...


PENGURUSAN PEMBANGUNAN TANAH KEDAH BANTU KEJAYAAN PROJEK BERIMPAK TINGGI ALOR SETAR - Pengurusan pembangunan tanah di Kedah memainkan peranan penting dalam kejayaan projek berimpak tinggi. Kejayaan itu menurut Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor mengubah persepsi negatif terhadap pengurusan pembangunan tanah sekaligus memberikan imej yang positif kepada pelabur. "Pentadbiran Tanah Negeri memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan kejayaan projek-projek berimpak tinggi seperti Sidam Logistic Aerospace and Manufacturing Hub (SLAM), Kedah Science and Technology Park (KSTP) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). "Syabas dan tahniah di atas kejayaan pentadbiran tanah melaksanakan Sistem i-UJKT bagi proses Pecah Sempadan Serentak dengan Ubah Syarat serta Penyerahan Dan Pemberimilikan Semula yang berjaya menyingkatkan tempoh proses daripada 24 bulan bulan kepada 100 hari sahaja. "Saya yakin negeri Kedah juga tidak kurang hebatnya dengan kolaborasi di antara Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan PBT seperti yang telah dilaksanakan di Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) iaitu amalan E 10 serta sistem i-UJKT yang akan dijenamakan sebagai 'Kedah Swift Synergy',"ujarnya dalam Amanat YAB Menteri Besar kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah di Seri Mentaloon, hari ini. Tambahnya, elemen tadbir urus yang baik, tanggungjawab, empati dan akauntabiliti diterapkan dalam pengurusan seharian. "Saya ingin mengingatkan diri saya serta seluruh pegawai dan kakitangan yang ada pada hari ini untuk laksanakanlah tugas dengan bersungguh-sungguh kerana ianya adalah satu amanah daripada Allah SWT," kata beliau. Dalam perkembangan sama, kerajaan komited dalam memastikan rakyat negeri itu memiliki tanah sendiri terutamanya bagi tapak rumah atau lot kediaman. "Bagi menjayakan hasrat ini, PTG Kedah dengan kolabrasi bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan telah mengenalpasti 15 lokasi tapak yang berpotensi untuk dijadikan perkampungan tersusun dengan anggaran 900 lot kediaman bakal diberikan kepada rakyat Negeri Kedah yang berkelayakan," ujar Sanusi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 2/18/2024, 3:44:48 PM 

Tiada ulasan